💛﷽💚

Sebagai mana yang kita tahu, hidup batas pergaulan dalam islam sangat mementingkan hubungan antara ajnabi kerana jika tiada batas dalam pergaulan boleh mendekatkan jalan menuju penzinaan. Islam sangat menjaga kaum wanita agar tidak tercela. Di sini kita menerangkan tentang batas batas pergaulan. Nak tahu lebih lanjut? Mari scroll ke bawah 🙌🙌

Pergaulan dalam bahasa
Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan”
yang bererti bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini
ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki
dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi
dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain.
Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat
yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.
Allah s.w.t mencipta
manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam
Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan
perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing
kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi
dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas
pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

ADAB-ADAB DAN BATAS
PERGAULAN
Adab dan batas
pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang
perbuatan seorang hamba-hambaNya dalam pergaulan (antara lelaki dengan wanita).
Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita
bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat seperti
ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar,
membeli-belah, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Oleh yang
demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu
dijaga oleh setiap umat-Nya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul
adalah seperti yang berikut:
1- Memelihara pandangan
“Katakanlah kepada
orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (QS. 24:30)
2- Menutup aurat secara
sempurna
Dan Katakanlah kepada
perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya
Dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).

3- Tidak berdua-duaan
antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
Nabi bersabda,
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat
dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang
ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).
4- Menjaga perkataan
dan mengawal perbualan
“Hai para isteri Nabi,
kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka
janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada
penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).
Berkaitan dengan suara
perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan
laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara
dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)
Wahai isteri-isteri
Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu
tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa
bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab
: 32).
Melunakkan suara
berbeda dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara
adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang
lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang
lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada
anaknya yang berbunyi : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga
rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19).
Penggunaan perkataan
yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung
tidak langsung , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang
ditulis di dalam Facebook kerananya menggambarkan keperibadian penuturnya.
5- Mengawal perhiasan
“Dan hendaklah kamu
tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang
dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat
serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya
Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait”
dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)”
surah Al-ahzab 33,33
Kesan buruk yang timbul
daripada Pergaulan Bebas
1- Merosakkan jiwa dan
akhlak
Jiwa yang rosak akan
membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang
berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam
dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan
mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Untuk menghilangkan kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya,
sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang
disukai-Nya.
2- Menyuburkan
perzinaan
Pergaulan bebas tanpa
ikatan dan batasan akan menjadi puca kepada perbuatan zina dalam kalangan
manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan
supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar
manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa
dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat
yang lain.
3- Merosakkan maruah
diri, masyarakat dan negara
Setiap perbuatan yang
bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang
dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak
akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan
menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.
4- Membawa kepada
kemurkaan Allah SWT
Sesiapa
yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba
yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah
SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam
keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat
dosa-dosanya.
No comments:
Post a Comment