Wednesday, September 26, 2018

UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM


Image result for animasi assalamualaikum



PENGENALAN☻☻
Image result for khurafat dalam filem
Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin kami ketengahkan disini adalah mengenai fanomena kebangkitan filam yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air masakini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantic, aksi, mahupun seram.KK
Seiring dengan kebangkitan filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritikanya adalah disebabkan terdapatnya    unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam poses pembelajaran.
Image result for unsur khurafat dalam filem
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu beragama islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti dapat menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan            kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpergaruhi dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu  Ditakuti juga mereka ini akan terpergaruhi dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka          semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.
 Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan sedimikian menghantui umat islam sehingga menghindarkan perjalan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu.umat islam perlu mempunyai niat yang baik dan mereka harus bergantung hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentunya menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Di sini, kami ingin mengupas lebih lanjut tentang unsur-unsur khurafat dalam filem. 

Image result for sebab munculnya syirik dan khurafat


CIRI-CIRI KHURAFAT 
   ü    Tidak berdasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)
   ü  Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut
   ü  Bersumberkan kepada kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam
   ü  Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya
   ü  Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah
   ü  Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

Image result for khurafat dalam filem
BENTUK-BENTUK AMALAN KHURAFAT
v  Kepercayaan kepada keramat seperti makan, kubur, pokok, kayu, bukit dan haiwan tertentu.
v  Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial.
v  Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti
adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai.
v  Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.
v  Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak bunyi kerana takut mendapat sial atau bala.
v  Memuja objek: objek tertentu, roh nenek moyang kekubur yang dianggap wali atau melakuakan upacara menghadirkan roh. 
ISU
Filem ‘Hantu Bonceng’ yang mengaut keuntungn RM 8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonnya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat dengan penuh rakus dalam keadaan yang dirasuk.
Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnya pada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita yang bertajuk “Ustaz bukan penghalau hantu: Tanggungjawab sebenarnya pendakwah dalam filem seram perlu diperbetulkan”. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia seperti mana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa “pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peke terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata”. Manakala bagi pendakwah bebas. Ustaz Daud Che Ngah dala berita yang sama berkata “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai , khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripda Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam”.
Terdapat satu babak dala filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan manganggap yang berlaku adalah benar-benar seperti digambarkan.

CARA PENYELESAIAN MASALAH
Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan (tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluasa kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh  badan-badan kerajaan, bukan badan kerajaan dan masyarakat yang berkelayakan dan berkemampuan.
Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan kawasan permujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan lokasi  untuk menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.  
Para pendakwah, penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi penjelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan didunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman seseorang. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai amalan khurafat dalam program anjuran Bahagian dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.  akhirat. 
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawal penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat yang dimana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industri perfileman dan juga kepada penonton.
KESIMPULAN
Kesimpulannya kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali kita mensyirikan Allah. Selain itu kita juga janganlah melakukan perbuatan hurafat kerana akan menyebabkan kemurkaa Allah. Seterusnya, kita perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Akhir sekali, jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

No comments:

Post a Comment