KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Konsep persaudaraan
Pengertian persaudaraan adalah Konsep persaudaraan boleh ditakrifkan
berdasarkan kepada dua bahagian.
1)Dari segi bahasa.
Perkataan persaudaraan adalah terjemahan daripada
perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa
erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.
2)Dari segi istilah.
Boleh dilihat dari beberapa sudut:
Dari kacamat al-Quran, persaudaraaan diertikan
sebagai perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bantu membantu, bertolak-ansur,
bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama umat Islam tanpa berkecuali.
Ø Persaudaraan ( ukhwah) merupakan asas kepada kesatuan umat
manusia dalam sesebuah entiti masyarakat.
Ø Citra
dan hati budi seseoramg itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit,
keturunan, pangkat, atau harta tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti
yang terpuji.
Ø Bagi
mencerminkan persaudaraan menurut lunas lunas syara’ maka konsep pewrsaudaraan
ini perlu didasari dengan akidah yang
luhur dan mantap.
Ø Persaudaraan
merupakan obligasi sosial yang merangkumi kewajipan-kewajipan ringkas yang
perlu dilaksanakan.
Perkara ini ditegaskan
sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Tanggungjawab
seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara”,
i. Apabila bertemu
dengannya hendaklah engkau memberi salam.
ii. Apabila ia
menjemputmu, maka penuhilah jemputannya.
iii. Apabila ia meminta
nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
iv. Apabila ia bersin
dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (berdoa).
v. Apabila ia sakit
hendaklah engkau menziarahinya. vi. Apabila ia meninggal dunia, hendaklah
engkau mengiringi jenazahnya".
(hadith riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis ada
menyebut tentang kerjasama dan bertimbang rasa dengan jiran dan sahabat-handai.
Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:
“Hak jiran jika ia
sakit hendaklah diziarahi, jika ia meninggal dunia, hendaklah dihebahkan
kematiannya, jika ia minta pinjam hendaklah diberi pinjam, jika ia berada dalam
kesusahan hendaklah menolongnya. Jika ia mendapat kebaikan hendaklah
mengucapkan tahniah, jika ia ditimpa kesedihan hendaklah mengucapkan takziah,
janganlah engkau meninggikan binaan rumah engkau melebihi binaan rumahnya
kerana itu akan menghalang angin ke rumahnya. Janganlah engkau mengganggu
dengan bau masakanmu kecuali engkau berikan sedikit kepadanya.” (riwayat
al-Munziri)
Begitu juga dalam hadis
yang lain, diriwayatkan oleh al-Hakim yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah
mengharamkan atas orang Mukmin darah, harta dan harga diri sesama Mukmin, dan
(mengharamkan) berprasangka buruk kepadanya”
No comments:
Post a Comment