💙﷽💜

Sebagai mana yang kita tahu, hidup berjiran sangat penting kerana tanpa jiran siapa lagi yang dapat membantu kita semasa dalam kesusahan. Di sini kita menerangkan tentang konsep kejiranan. Nak tahu lebih lanjut? Mari scroll ke bawah 🙌🙌
PENGENALAN

Konsep kejiranan salah satu daripada ajaran islam yang amat
penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan
hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau
mengasingkan diri.Oleh itu, islam telah menekankan kepentingan
menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.
Hubungan yang baik dapat dapat membentuk sifat saling membantu,
bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat
menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran
adalah salah satu cara hidup islam.
Dalam konteks kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan
saling keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama
jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Allah SWT berfirman dalam (Surah al-Nisa’4:36) yang
bermaksud:
“Dan hendaklah kamu berbuat baik kedua kepada ibu bapa, kaum
kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang
dekat dan jauh, orang musafir dan hamba
yang kamu miliki.”
Berdasarkan firman tersebut, agama mengajar dan menuntut supaya
setiap penduduk dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung menti
mengenali antara satu sama lain. Mereka harus sama-sama
bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dan jiran tetangga.
Islam sebenarnya tidak suka akan manusia yang hanya memetingkan diri sendiri
dan mengasingkan diri daripada kehidupan
masyarakat.Sifat individiualistik ini bertentangan dengan
konteks kejiranan Islam.
Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan
bukan Muslim?
Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti
yang berikut :
ØMenghormati jiran dan
pengalaman mereka (kehidupan mereka) selagi tidak
membawa mudarat.
Ø Tidak menyinggung
perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.
Ø Menjaga rahsia dan
memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku
Ø Membantu dan menolong
mereka apabila mereka berada dalam kesusahan.
Ø Memberi layanan baik dan
kasih sayang serta akhlak yang baik
dalam muamalah
dengan mereka.
HAK HAK JIRAN
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
“ tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu.”
- Jika ia meminta tolong
kepaadamu, engkau akan menolongnya.
- Jika ia minta pinjaman, engkau
akan memberi pinjaman kepadanya.
- Jika ia memerlukan sesuatu,
engkau akan memberikannya.
- Jika ia sakit engkau akan
menziarahinya.
- Jika ia mendapat sesuatu
kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
- Jika ia tertimpa sesuatu yang
bahaya, engkau juaga turut sedih bersamanya.
- Jika ia meninggal dunia, engkau
turut menghantar jenazahnya.
- Jangan sesekali engkau
meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai
kerumahnya kecuali dengan izinnya.
- Jangan menganggu perasaanya
dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada
makanan itu.
- Jika engkau beli buah-buahan,
berikan sedikit kepadanya.
- Jika engkau tidak mahu
memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu
ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan
janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan
anakya,kelak anak jiran itu menangis kerana mahukan buah tersebut.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan
dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada
pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya,
Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam
kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi
memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan
datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan
di puncak jagat.
No comments:
Post a Comment