😃﷽😃
🍀🍀Sebagai mana yang
kita tahu, Islam sangat mementingkan silaturrahim dan mengeratkan hubungan
sesama manusia tanpa perbezaan kaum. Kita sesama Islam adalah bersaudara. Sama
juga dengan bangsa lain,jangan pernah kita racis dengan kaum lain. Dalam blog
ini akan menerangkan tentang keprihatinan sosial. Nak tahu lebih lanjut?
Mari scroll ke bawah 🍀🍀
PENGENALAN
Islam menekankan konsep hubungan sesama manusia bagi
mengutuhkan silaturrahim dan mengeratkan lagi hubungan antara setiap manusia
tanpa mengira agama, budaya, bangsa, taraf hidup dan warna kulit. Islam
mengharamkan umatnya daripada memutuskan hubungan silaturrahim di antara
saudara seagamanya ini kerana setiap umat Islam adalah bersaudara. Sebagai umat
Islam kita seharusnya menjaga hubungan silaturrahim dan ikatan supaya tidak
berlakunya pemutusan hubungan dan perpecahan sesama manusia. Ini kerana Islam
menekankan umatnya untuk menyambung silaturahim dan mengingatkan umatnya agar
tidak sesekali memutuskannya.
Keprihatinan bermaksud kesungguhan dalam
menunjukkan minat atau perhatian kepada seseorang individu ataupun masyarakat
sama ada dari aspek sosial dan kebajikan masyarakat. Sosial bermaksud mengambil
berat dan perhatian yang sewajarnya terhadap sesuatu perkara. Berdasarkan dua
perkataan tersebut dapat disimpulkan bahawa keprihatinan sosial dapat
didefinisikan sebagai perhatian yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain
dengan melakukan tindakan yang sewajarnya. Keprihatinan sosial dalam kalangan
masyarakat dapat dikaitan dengan hubungan sesama manusia yang meliputi hubungan
sesama individu, jiran, orang yang lebih tua dan masyarakat sekeliling.
Keprihatinan sosial lebih kepada konsep tolong menolong dengan adanya sikap
nilai murni seperti memberikan perhatian kepada individu yang memerlukan,
menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa mengira pangkat dan taraf hidup
individu. Contohnya, keprihatinan sosial boleh dikaitan dengan hubungan
silaturahim dan kasih sayang sesama saudara seagama. Umum mengetahui bahawa,
saudara seagama dan seIslam dengan kita di Gaza, Palestin dan Syria mengalami
kebuluran yang sangat teruk dan negara mereka kekurangan bekalan makanan,
minuman, pakaian dan kemudahan asas yang lain.
Oleh itu, kita sebagai negara
Islam yang berkemampuan mestilah menyumbang dana kepada mereka walaupun
kita tidak mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, hubungan sesama
manusia dapat dijaga sekiranya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT terlebih
dahulu. Hubungan sesama jiran juga boleh dipupuk jika kita tahu untuk
mengamalkan dan mempraktikkan hubungan baik sesama manusia. Jiran boleh
didefinisikan sebagai orang yang tinggal berhadapan, dibelakang, kiri dan kanan
rumah kita. Keprihatinan sosial juga boleh berlaku dikalangan jiran tetangga.
Contohnya, jika ada ahli keluarga jiran kita yang meninggal, kita sebagai jiran
mestilah menziarahi dan mengucapkan takziah kepadanya. Perasaan empati dan
simpati juga haruslah wujud bagi individu yang ingin menerapkan sikap
keprihatinan sosial dalam diri mereka. Seterusnya, jika jiran kita kesempitan
wang kita haruslah memberikan sedikit wang untuk meringankan beban mereka dan
jika ada jiran kita yang pulang ke kampung, kita sebagai jiran mestilah menjaga
dan mengawasi kawasan rumah jiran kita walaupun jiran kita tidak menyuruh kita
untuk mengawasi persekitaran rumah mereka. Ini menunjukkan kita mempunyai sikap
keprihatinan sosial yang baik.

- memberi sumbangan kewangan dan bekalan untuk diberikan kepada masyarakat gelandangan.
- membina rumah dan membaik pulih rumah yang rosak.
- menaja dan menderma kepada komuniti kurang bernasib baik,badan kebajikan,persatuan amal, anak yatim,ibu tunggal ,orang-orang tua dan kurang upaya.
- memberi ceramah dan kem-kem motivasi kepada pelajar.
- membersihkan kawasan umum,tanah perkuburan,rumah-rumah ibadat dan sebagainya.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia haruslah
menjaga hubungan sesama manusia agar hidup diredhai oleh Allah SWT dan hubungan
sesama manusia haruslah dipraktikkan untuk menjadikan kehidupan kita lebih
sejahtera, tenteram dan diberkati oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment