Sunday, September 16, 2018

INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN

💧﷽💦

Image result for animasi bergerak assalamualaikum
🍉🍉Sebagai mana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang aman dan damai denga kepelbagaian kaum seperti melayu, cina, india, kadazan dusun dan sebagainya. Dalam Islam tidak salah jikakita ingin menyambut perayaan mereka selagi mana tidak bercanggah dengan Islam. Dalam blog ini akan menerangkan tentang integrasi budaya dalam perayaan. Nak tahu lebih lanjut? Mari scroll ke bawah 🍉🍉

PENGENALAN

Image result for gambar pelbagai kaum di malaysia

Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dengan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan  rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup.
Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan  keharmonian dalam hubungan sosial. Menurut Che Bakar (2007) antara perkara asas  tersebut ialah:
1.      Kemesraan komunikasi
· Kemesraan komunikasi boleh di sampaikan melalui bertegur sapa, memberi  ucapan salam, sifat lemah lembut dan selalu memberikan senyuman, tidak  mengira bangsa, agama dan umur.
2.      Budaya ziarah-menziara
· Budaya ziarah- menziarah atau kunjung mengunjung ini sudah menjadi tradisi yang menjadi kewajiban di negara kita untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara kaum atau bangsa.
3.      Budaya mengambil tahu
· Budaya mengambil tahu sesama masyrakat setempat ini adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam. Budaya ini bertujuan untuk bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, sikap tolong- menolong yang dapat kita praktikkan.
4.      Budaya saling menghormati
· Budaya saling menghormati ini merupakan perkara yang harus di titikberatakan pada masa kini tidak mengira umur. Dalam Al-Quran sudah  terkandung dalam surah al-Isra’ ayat ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati,  maka kita perlu menghormarti orang lain.
5.      Budaya mahabbah ( saling berkasih sayang )
· Budaya mahabbah ini dapat menghindarkn diri daripada perasaan seperti benci,  hasad dengki dan permusuhan yang boleh mengakibatkan perpecahan perpaduan  sesama keluarga dan masyarakat.
6.      Islam dan masyarakat majmuk
· Agama Islam ialah agama rasmi menurut pernyataan Perlembagaan Perseketuan.  Di samping itu, Perlembagaan Malaysia teleh memberikan jaminan tentang hak  kebebasan asasi rakyat di mana agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.

Menurut Mahmood Zuhdi (1999), antara hak yang jelas disebut dalam Al-Quran dan  sunnah sebagai yang sesuatu perlu dilindungi adalah seperti berikut:
1.      Hak keselamatan
2.      Hak dan kebebasan peribadi
3.      Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
4.      Hak dan bebasan beragama serta berfikir
5.      Hak dan persamaan dalam undang-undang
6.      Hak dan kebebasan ekonomi
7.      Hak dan kebebasan bekerja
8.      Hak memperoleh jaminan sosial

Image result for upin ipin sambutan raya cina

Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam

Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun.  Antara perayaan yang disambut di Malaysia adalah Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji,  Tahun  Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal dan sebagainya dalm konteks Malaysia,  ucapan  selamat yang diucapkan oleh umat yang beragama Islam kepada masyarakat  bukan Islam  ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan tetapi dengan  syarat ucapan ini  tidak  mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau karut.

KEPENTINGAN INTERGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN

  1. Perayaan dijadikan sebagai perayaan nasional dan telah sebati dalam kehidupan dn fungsi budaya masyarakat malaysia.
  2. Perayaan sebagai salah instrumen untuk menunjukkan ukuran toleransi dan keterbukaan pemikiran masyarakat terhadap agama, budaya dan adat bangsa atau penganut agama lain.
  3. Perayaan sebagai integrasi rakyat pelbagai kaum dan mengeratkan silaturrahim melalui penghayatan perayaan serta peluang meraikan tetamu.
  4. Perayaan membentuk identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional.

No comments:

Post a Comment