Wednesday, September 12, 2018

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

💖﷽💖

Related image

>.< السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ >.<

🌸SELAMAT MENIKMATI ENTRY YANG DITULIS DIDALAM BLOG INI YA KAWAN2🌸



PENGENALAN




Bidang komunikasi dan penyiaran dalam islam mempunyai cabaran tersendiri seperti bidang-bidang lain juga. Penulisan di dalam blog ini merangkumi pelbagai aspek antaranya adalah isu sesama manusia yang merangkui konsep persaudaraan dalam islam, konsep kejiranan,keprihatinan sosial, adat resam,kesantunan bahasa adan sebagainya. Oleh itu, diharap penulisan ini dapat membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan 😃


KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Manusia merupakan makhluk sosial, Tentunya selain menjaga hubungan kepada Sang Pencipta yakni Allah SWT (hablumminallah), maka ada baiknya pula menjaga hubungan baik antara sesama manusia (hablumminannas). Bagaimana kita seharusnya melakukan hubungan yang baik antar sesama manusia?

Hubungan manusia dengan manusia menurut islam adalah hubungan yang wajib kita jaga agar kita tidak menyesal di padang mahsyar kelak. Kita seharusnya menjaga hubungan baik sesama manusia agar tidak berlku kesalah fahaman sesama kita.Manusia yang di maksudkan disini adalah saudara sesama islam, jiran,sahabat baik kita hatta saudara mara kita juga.  Hubungan sesama manusia merupakan salah satu bentuk komunikasi. Terdapat tiga jenis komunikasi sesama manusia iaitu hubungan dengan individu, hubungan individu dengan kumpulan dan hubungan kumpulan dengan kumpulan yang lain.


KEPENTINGAN MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA MANUSIA

Dalam hadis riwayat muslim ada mengatakan bahawa nabi S.A.W bersabda " Tidak halal orang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada tiga hari."  Maksud daripada ayat diatas adalah apabila kita meninggalkan orang yang agak rapat dengan diri kita iaitu tinggal setempat dengan mereka. Kita tiba-tiba dengan tidak menghiraukan mereka iaitu tidak bercakap atau bertegur sapa selama 3 hari. Selain daripada tidak bertegur sapa melebihi 3 hari,kita juga seharusnya mengajar seseorang daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. 

Dalam kes ini, iaitu kes yang berkaitan dengan agama, jika kita melihat orang yang tidak rapat dengan  kita melakukan perkara yang bertentangan dengan agama iaitu seperti melakukan maksiat secara terang terangan dan terbukti salah disisi agama,  kita sekadar mengajar seseorang daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan agama iaitu dengan menyeru atau mengajak mencegah perkara yang mungkar. 


CARA MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA MANUSIA

Image result for ANIME ISLAM BERSAMA KELUARGA
Berbakti Kepada Kedua Orang Tua
 Ibu dan Ayah merupakan orang yang mencintai kita setulus hati mereka.. Mencintai kita tanpa ada sedikit pun yang kurang. Betapa besar cinta yang mereka berikan kepada kita hingga kita tak dapat mengukur dan menghitungnya.
Sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas anugerah cinta Nya yang diberikan melalui kasih sayang dan cinta dari kedua orang tua kita, hendaknya kita kita sebagai hambanya dapat mewujudkan rasa syukur kita kepada Allah SWT dengan berbakti kepada kedua orang tua kita. Dalam firman Allah SWT juga disebutkan:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Yang artinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.(QS. Al-Isra ayat 23)

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil”. (Surah Al-Isra ayat 24)
Bagaimanakah cara kita hendak berbakti kepada kedua Ibu bapa kita yang sesuai berdasarkan surah Al-Isra ayat 23-24? Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita ikuti: 
*  Hormat dan taat kepada kedua orang tua kita, selama perintah dari Ibu dan Bapak kita tidak bertentangan dengan ajaran agama.
*  Menjaga jangan sampai menyakiti hati kedua orang tua kita, baik dengan sikap, ucapan, dan perilaku.
*  Membantu kedua orang tua kita, menurut kemampuan kita terutama merawat keduanya ketika usianya telah lanjut.
*  Mendoakan kedua orang tua kita agar senantiasa memperoleh ampunan serta rahmat dari Allah SWT.

Image result for ANIME ISLAM BERSAMA guru
Hormat Kepada Guru
Cikgu merupakan insan kedua selepas ibu bapa kita. Mereka adalah insan yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan yang lebih meluas berkaitan agama, alam sekitar, ilmu matematik,ilmu sains dan sebagainya. Cikgu merupakan orang kepercayaan ibu bapa kita supaya kita dapat memperoleh pelajaran dan pendidikan sesuai dengan keperluan kita. 
Seorang guru sebagai pendidik sekaligus pengganti kepada kedua orang tua kita ketika berada di sekolah jasanya juga tidak boleh kita lupakan. Seperti yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW:“Muliakanlah orang-orang yang pernah memberikan pelajaran kepadamu”. (HR. Abu Hasan Mawardi)
Berdasarkan hadis tersebut, kita sebagai murid hendaklah menghargai jasa guru dan jangan sampai kita melupakannya meskipun nantinya kita menjadi orang yang berjaya lebih dari guru kita.
Image result for ANIME ISLAM tetamu
Penghormatan Kepada Tetamu
Berkunjung dapat mengeratkan tali persaudaraan. menerima tetamu serta menghormatinya merupkan ciri khas kepribadian yang seharusnya dimiliki oleh  seorang muslim. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya ia memuliakan tamunya”. (HR. Bukhari)
Sebagai tetamu, hendaklah kita  memilih waktu yang sesuai untuk datang melawat mereka. Jangan mengganggu ketenteraman tuan rumah. Sebaliknya usahakan jangan datang pada sembarangan waktu, contohnya pada waktu makan, waktu makan, waktu bekerja, waktu beristirahat atau diwaktu tuan rumah baru saja balik dari destinasi yang jauh.

No comments:

Post a Comment